Sunday, 16 June 2013

Tidak Bergelap Lagi

Assalamualaikum dan hai semua

Secara jujurnya,saya ni jenis tak boleh tidur dalam keadaan terang-benderang. Kalau tidur dengan orang yang stok nak buat pesta lampu malam-malam buta,memang boleh bawa gaduhlah. Memang kirim salam lah nak beradu dalam keadaan aman dan damai. Senang kabor, memang tak boleh tidurlah dalam keadaan cahaya lampu menyuluh muka. Tapi kalau cahaya rembulan, tak cuba lagi. Huhu

Tidur dalam cahaya pun tak boleh, tidur dalam gelap pun talak boleh ouh. Ciss, ngada betul tau dia ni. Seperti dalam keadaan bercahaya, tidur dalam keadaan gelap pun tak boleh jugak. Haiyooo. Banyak songeh betul lah minah ni. Mari kita tumbuk dia beramai-ramai. Dush dush dush.

Sebab tulah, saya end up untuk beli lampu tidur. Dekat rumah, memang parent kitaorang sediakan lampu tidur dalam bilik memasing. Jadi,bila dekat hostel, kenalah jugak ambil feeling ala-ala romantik tidur bertemankan lampu tidur gitu. Acehh. Muntah hijau jika perlu ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Hakhakhak.

There you go my night lamp hello kitty. Comel kan?





Apa yang best tentang lampu tidur ni adalah ia comel. Heee. Ok, mungkin bagi sesetengah orang yang bukan kipas susah nak mati hello kitty akan watlek wat peace je bila lampu tidur hello kitty ni ada depan mata. Ada yang lagi lagi lagi best tau. Lampu ni boleh menghasilkan cahayanya melalui bateri atau wayar USB. Ouchh. Sweet sangat tau lampu ni. Macam tau-tau je yang saya ni memang pesyen malas sangat nak beli bateri selalu. Jadi, kalau bateri habis, dan anda ingin tidur dalam keadaan yang romantik, bolehlah cucuk wayar USB tersebut dekat mana-mana port USB berhampiran anda. Jadi, bolehlah tidur dalam keadaan aman dan damai sambil ditemani hello kitty yang comel yang boleh hasilkan cahaya yang best. Daebak daebak. Selain itu, kita boleh pilih jugak cahaya mana yang kita nak. Lampu ni boleh hasilkan dua cahaya yakni cahaya putih atau pun cahaya colorful. Kalau nak feeling tidur dalam disco, boleh lah pilih mode cahaya colorful tersebut. Kalau nak tidur dalam keadaan tenang, bolehlah pilih mode cahaya lampu putih je. Hebat bukan lampu tidur hello kitty saya? Hehe

Yeayyy, malam ni boleh tidur dalam keadaan yang aman dan damai. Alhamdulillah :)

Lampu tidur yang comel ni boleh didapati dekat kedai-kedai yang selalu jual barang-barang hiasan. Harganya pun berpatutan tau. Jadi, apa tunggu lagi. Marilah kita beromantik bersama-sama. Acehh,gitu.

Pergi Melaka naik beca,
Terima kasih sudi baca.
Peace ^^V

Wednesday, 10 April 2013

Apa Orang Islam Perlu Buat Kepada Orang Islam Lain

Assalamualaikum dan hai semua :)

Sudah menjadi rutin harian saya bila bangun pepagi, hirup nestum campur milo sambil baca Berita Harian. Acecece. Nak show off ke apa ni? Boooo!! Haipp. Bukan show off tapi macam ni lah hidup sebagai pelajar yang takder tibi. Nak tahu isu semasa, kenalah baca Berita Harian. Takmoh digelar sebagai 'katak di bawah tempurung'. Bila orang cakap ' kau tahu tak, semalam kan Shaheizy Sam  dapat anugerah bintang paling popular'. Ouh yeke? Tak tahu pun -..- Sedih kan?


Tapi dengan adanya, Berita Harian, katak di bawah tempurung ni sudah bertukar menjadi Princess Fiona. Erk, apakah? InsyaALLAH, bila orang cakap pasal isu-isu semasa, boleh menyampuk dua-dua kaki, join the group bincang pasal isu-isu semasa sambil tepuk-tepuk meja. Haaa. Ganas kau.  Syabas Atiqah Wadiah (sambil tepuk-tepuk dada).


Bila buka Berita Harian secara atas talian, benda pertama yang akan saya baca mesti lah tentang SUKAN. Dah namanya pelajar Sains Sukan kan. Mestilah tahu isu-isu semasa yang berkaitan dengan sukan. Takder lah muka akan transform jadi blur-blur ayam bila pensyarah membincangkan tentang isu-isu sukan. Sekurang-kurangnya, boleh lah nyampuk 'betul lah tu doc, si polan tu amik dadah, sebab tu lah dia lari laju'. Haaa, nampak tak permainan sebagai seorang pelajar kat situ. Hewhewhew.


Tapi kan, bila kita ada masa lebih, kita akan buka jugak tentang agama. Dan tadi kan, kita ada masa lebih tau. Kita pun buka lah artikel tentang agama. Intipati yang ingin disampaikan amat ringkas. Jadi, elok benor rasanya kalau kita kongsi kat sini dengan korang-korang sumer. Harap korang suka. :) (Rasa masam gedik semacam plak bila bahasakan diri 'kita'. Huh). -..-


Artikel tersebut berbunyi, kewajipan orang Islam kepada orang Islam lain. Nak tahu apa dia? Meh scroll ke bawah bersama-sama. :)

1. Wajip menjawap salam.


Sila jangan kutuk dalam hati 


2. Menziarahi orang sakit.




3. Mengiringi jenazah.




4. Menghadiri jemputan.




5. Mendoakan orang bersin.








Saya dah kongi dengan anda semua. Jadi, saya harap anda semua dapat amalkan 5 perkara senang di atas. InsyaALLAH. Jawap salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri jemputan dan mendoakan orang bersin. Nanti bila ada orang bersin haaaaachuummmm sebelah kita, kita jangan bagi jelingan tajam kat dia tapi kita kena doakan dia dengan menyebut "yarhamukaALLAH".



Pesanan: Kepada lelaki di luar sana, kalau anda ada hati nak ngorat anak Pak Leman belakang rumah anda, tegurlah beliau dengan memberi salam. Ini tak, suka buat bunyik tikus mondok. Tak sopan tahu. Hikhikhik. Mana tahu, dengan salam anda itu, Tipah belakang umah anda tu tergoda dengan anda. Mana tahu kan. Teeeheeee.



Byebye :")


Monday, 8 April 2013

Saya dan Yuyu Zulaikha ke Disneyland

Assalamualaikum dan hai semua :)

Mari cuci mata dengan beberapa kepilan foto terlebih dahulu :)







Dulu time kecik-kecik, suka sangat tengok citer kartun disney. Kiranya remote tu saya yang punya. Siapa-siapa yang nak tukar siaran, tidak dibenarkan sama sekali. Miahahahaha. Gangster tak gua time kecik-kecik. Tapi bila dah besar, alhamdulillah sifat ke-gangster-an tu tak terikut, malah lebih ayu, serta sopan dan santun (Haktuiiihhh).

Kerana minat sangat dengan kartun disney ni, maka telah tanam niat kemas-kemas dalam dada bahawa satu hari nanti nak angkut semua anak cucu ke Disneyland. Yeayyyy. Bertuah sungguh siapa yang menjadi keturunan saya. Tak memasal dapat ke Disneyland free-free. Huhu.

Tapi semalam alhamdulillah, niat saya dimakbulkan oleh ALLAH. Ada orang mahu taja saya ke Disneyland. Hoyeahh. Lebih hoyeahh lagi bila tahu dapat pergi Disneyland dengan YUYU ZULAIKHA. Whattt. Jangan jeles uolss. Hikhokhikhok.

Apa lagi, terus buka bagasi besar gedabak, packing barang siap-siap, padahal bulan depan baru pergi. Haaa, nampak tak zhemangat tak zhemangat nye iolss nak berjimba-jimba kat Disneyland. Huhu.


Tapi

Tapi

Tapi

Tapi

Tapi

Tapi









Tapi kan, sedang dahku memasukkan baju-baju dahku ke dalam beg bagasi besar gedabak dahku, dahku terdengar alunan azan. Kusangkakan dahku bermimpi, rupa-rupanya memang dahku bermimpi. Sobsss. Sedih tau bila bangun-bangun tengok bilik hanya disuluh oleh cahaya lampu tidur. Maknanya, panggilan daripada orang yang nak men-sponsor dahku dengan Yuyu Zulaikha ke Disneyland adalah permainan tido semata-mata. Sobssss. (Tarik mucus dalam-dalam).

Lepas tu, terus ambil wudhu' dan terus menunaikan solat Subuh. Sejurus itu juga, saya telah berdoa kepada ALLAH agar niat dari kecik untuk ke Disneyland termakbul satu hari nanti. InsyaALLAH :) Tapi sebelum tu nak pergi melawat tanah suci Mekah dulu. Baru angkut semua anak cucu ke Disneyland. Hoyeayhhh.



Budak kecik, kita mimpi awak. Kita ingatkan kita dapat pergi Disneyland betul-betul dengan awak. Sobsss :"(


Pesanan: Jangan lupa doakan agar hajat kita tercapai. Korang doakan agar saya sampai ke tanah suci Mekah dulu, pastu ke Disneyland. Boleh? Mekasih :)

Pesanan lagi: Jangan marah sumerrr. Peace. Hewhewhew ^^.



Byebye :")